Wednesday, December 2, 2009

..Rindunya....

Salam mahabbah..



Bila tgk picture kt ats ne,ana rsa rindu sgt kt kwn2 sprjuangan ana..trutamanya time form5..trlalu byk kngn indah yg tak mgkin dpt ana lpakn..korg suma ttp dlm ingtn wlupn da lma kta tk jmpa..

Ukhuwah..
Does'nt need togetherness always..
Does'nt need 24hours conversation..
As long as we always remember in our Doa..
UKHUWAH WILL ALWAYS REMAIN ABADAN ABADA....


shbt2 yg diingti..ain ad,fizah,mardya,ct mnirah,baizurah,sheila n suma kwn2 len yg tk prnh dlupakn..moga ukhuwah fillah antara kta brkekalan....salam rindu..








Saturday, November 28, 2009

Kembalilah kepada Al-Quran..

Salam Mahabbah..

href="dapatkan/'>http://testi.iluvislam.com">Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ikhwan dan Akhawat..

Sesungguhnya Allah terlalu mengasihi kita sebagai hambaNya,,atas sebab itulah Al-Quran diturunkan;untuk memimpin kita agar tidak tersalah langkah,juga penyuluh dalam menempuh kehidupan.Al-Quran mentarbiah kita dalam banyak perkara terutamanya dalam mencari ketenangan hati.Tak Percaya??Mari kita hayati firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud;


"Dan orang2 yang bersabar dalam musibah,kepayahan(kemiskinan) dan ketika dalam peperangan,mereka itulah orang2 yang benar dan merekalah orang2 yang bertakwa..."


Dalam ayat di atas,Allah memujuk agar kita bersabar dan redha jika diuji dengan penderitaan,,kerana disebalik ujian itu ada balasan yang Allah sediakan.Hebatnya tarbiyah Allah,,diuji kita sebagai tanda kasih sayangNya..


Apabila kita membaca Al-Quran serta mentadabbur maknanya,kita pasti merasa seolah2 kita melihat diri kita melalui cermin yang mengimbas setiap sudut diri kita.Oleh itu sekiranya terdapat kekurangan dalam diri kita,yakni kita belum berjaya meraih status muslim/muslimah acuan Al-Quran,,maka segeralah kita perbaiki diri.


Ikhwan dan Akhawat yang mencari kebahagiaan hakiki..

Bukankah Allah telah menjamin bahawa isi kandungan Al-Quran terpelihara sehingga hari kiamat..??Kembalilah kita kepada Al-Quran dengan perasaan CINTA dan RINDU kepada yang mewahyukannya..


Wallahu'alam..